My Secret Garden
Sambung Belajar
Wednesday, 5 August 2015 | 05:34 | 1 comments






Hi , selamat malam buat semua .
Hari demi hari kini cukup sebulan aku tinggal di Bintulu , sarawak.
Berjauhan dengan keluarga , Tipu lah kata tak rindu .., Aku anak bongsu dalam keluarga . Yee anak last Heee kan bilaa tanya pada diri Ehh betul kee keputusan yang ak buat ni . Aku risau sebab aku tidak pernah berjauhan dengan Ibu dan ayah . Duduk asrama ? jauh sekali terlintas difikirkan Ku .
Bila Berjauhan aku kena Pandai jaga diri . Kena berdikari . Sebab aku di sini tidak apa sesiapa .
Aku pada mulanya tidak pernah terfikir yang aku akan belajar di Universiti putra malaysia bintulu sarawak tetapi Upm adalah impian aku .

Sebelum aku sampai di sini , pelbagai halangan yang aku tempuh , tapi dalam masa yang sama . Aku berserah yang maha kuasa .  Jika rezeki aku ada , ada lah jika tidak aku terima dengan seandainya ..
Aku tidak memberi harapan sepenuhnya untuk aku belajar di Universiti.
Sebab aku tahu kekurangan aku . Hm Result Spm pun tidak lah Gempak mana . Tapi syukur Alhamdulilah ..
Bila aku cerita dekat Ibu yang aku dapat universiti , Ibu tidak lah gembira .
Masa itu lah aku menangis , Menangis sebab kegembiraan + kesedihan ..
Aku tak percaya masa aku cek tu Status Terima . Ya allah Mimpi ke aku ni .. Alhamdulilah allah memberi kesempatan untuk aku sambung belajar di sini..
Sambung balik cerita pasal ibu , Aku tahu ibu sedih sbb dia risau jika aku mahu terima mengikuti pengajian di Bintulu. Jauh Kot Eh tak memang jauhhhh :( Tapi satu je niat , Fikir nak belajar itu jee . (Semoga iman aku kuat , Insyaallah )

Aku daripada abang dan kakak aku , aku lah yang paling jauh belajar ..
Hee orang tua kata anak last ni la yang selalunya berjauhan dengan keluarga. Dalam keluarga aku , yang paling jauh pun abang aku belajar dekat UTHM johor .

SEMINGGU SEBELUM PERGI.

Hari demi hari , tinggal lagi seminggu nak pergi , Alhamdulilah buku passport dan buat , medical check up , bank, urusan biasiswa dan sebagainya dah selesai. itu semua pertolongan Ayah ..
Time nak kemas baju , aku lah orang paling malas nak kemas sebab time tu fikir lagi Eh betul kee keputusan aku . Aku hampir last minit nak cancel pengajian aku ke sini.. Sebab tak Yakin pada diri, Aku ni jenis yang suka dengar cakap orang . bila orang cerita pasal bintulu semua pakat terkejut dan ada berita yang tak seronok.
Dalam kampung aku tu ada seorang kakak , Nama dia Umairah . Sekarang dia belajar di upm Serdang . Sebelum di belajar di upm serdang dia belajar dekat tempat yang aku akan pergi iaitu , upm Bintulu.
Ayah hantar aku ke rumahnya , kakak tu dah macam kena temuduga dah hihi macam2 aku tanya pengalaman dia berlajar di sini. Perkara yang di ceritanya semuanya seronok .
Dia kata jangan risau , dekat sana ramai orang semenanjung belajar .. So tayah risau tentang nak balik ( dalam hati aku memang risau yelah aku tak pernah naik kapal terbang , Terfikir nak naik pun tak pernah taw hehe .. kakak tu cerita bila ada dekat tempat orang jaga diri , Solat tu jangan pernah tinggal . Kawan cari yang baik . sebab tersalah pilih kawan , tu lah yang akan merosakkan kita . kadang2 aku pun tak yakin yang iman aku ni kuat atau tidak. Yelah manusia mana pernah lari dari kesilapan kan.
Eh sambung balik pasal kemas baju tadi . Aku pada mulanya nak bawak tiga beg roda (Sikit je ) lepas tu " kakak kata , adik hang nak p naik kapal terbang bukannya naik kereta , Dia kata lagi beg tu pun kena timbang tahu ! Aku : hah timbang? laa kena bayar ke ? hee tak tahu pulak ..
kemas kemas punya kemas tinggal satu je beg . Perempuan kalau boleh satu almari dia nak bayar itu ini entah kebenda tah dia nak bawak.
Dalam perbualan aku dengan kakak masa tu , aku bertanya lagi "Nyah aku lupa lah nak beli baldi , tapi sabun dah beli " kakak : woi hang ni baldi nak bawak ? mana penah orang naik flight bawak baldi .
Aku pun tersenggih sorang2 sambil terbayang hee betul jugak tu ..  


6/6/2015 (SABTU)
Semalam adalah hari terakhir aku makan masakan ibu . sedih seronok entah lah perasaan nak tinggal kan rumah , family , kawan2 time nak gerak ke kuala lumpur . 
Flight aku malam ahad pukul 6.45 pag. bila tima saja di KLIA aku tgk orang sekeling "perak" pun ada sebab pertama kali aku menjejak kaki di klia. Ayah suruh aku ikut dia pergi jalan2 dalam klia tu katanya nanti bila nak balik semenanjung murah dah tahu jalan dalam klia tu hehe ..
Pukul 9.30 pagi aku tiba di Miri . Miri ke bintulu mengambil masa 3 jam , Perr jalan miri tuuu rasa menyesal pun ada pening + sakit jugak badan duduk dalam kereta. sebab jalan di sini tidak lah sama seperti semenanjung hee..
Alhamdulilah pukul 2 sampai di homestay di bintulu..

8/6/2015 (ISNIN)
 
Hari isnin ada lah hari pendaftar aku di Universiti putra Malaysia . Iaitu kali pertama aku menjejak kaki di sini. Sebelum ni aku selalu jugak search dekat internet nak tgk rupa upm ni hehe..
Alhamdulilah aku dapat satu bilik dengan orang Perak Jyeahhh :) Ummi Aisyah namanya.
Time nak berpisah dengan ibu dan ayah masa itu lah menitis air mata aku , sebelum tu aku tahu aku akan menangis jgak . aku cuba untuk tunjuk kuat dgn ibu dan ayah. Tapi ...... :(
Ibu dari rumah sehingga lah masa nak berpisah tu dia berpesan , " adik ingat solat jangan tinggal" itu lah perkataan yang dia selalu ulang dekat aku. Insyaallah ..
Ayah lah yang peluk aku dan di menangis itu lah yang membuatkan aku lemah masa nak tinggalkan aku , ayah risau sebab bintulu tak ada sapa sapa. " insyaallah adik akan jaga diri yah..

Sambungan Part II ....
Sekian.



| Newer Post
Welcome
P/s : You now in my site. Do nice here or i'll kick you out

No copycat or you're bullshits like > -..- < Get it. Thank you ~

Navigations ~~

About Linkies Entries


Tagboard

Big Thanks
Skin By Cikin
Edited By Me (!)
Welcome u'ollz ! You've stepped onto My Secret Garden. Kindly click >Follow Or back to your >Home